Followers

Thursday, October 28, 2010

MUSANGKU

KHAMIS, OKTOBER 28, 2010

Sudah 2 bulan berlalu, semenjak aku pulang dari Alor Star bersama2 semua 'pet' kesayangan ku.  Terimbas kembali kenangan bagaimana mulanya aku memperolehi mereka ini.  Pagi itu kami semua berada di rumah sepupu di Perlis.

Dalam asyik menikmati sarapan pagi, kami dikejutkan dengan bunyi yang sangat nyaring seperti burung dan bunyi itu datang dari arah syiling rumah sepupuku. "Ehhmmm.. bunyi anak musang tu..lapar agaknya..
dah dua hari dok berbunyi...sapa sepupuku.

"Kenapa teruk sangat bunyi tu.." aku terus menerpa kearah bunyi dan meminta suamiku dan sepupuku pergi tengok. Kami dapati 2 ekor anak musang pandan yang baru lahir dan matanya belum terbuka lagi. Menurut kata sepupuku, mungkin ditinggalkan oleh ibunya.  Sudah 2 hari berbunyi dan kelibat ibunya tidak kelihatan. 

Aku mengambil kedua2nya dan menyusui kedua2nya dengan botol susu bayi hehe. Niatku untuk menolong sehingga besar sedikit dan dilepaskan ke Jabatan Perhilitan dan Perhutan bila mereka sudah mampu makan sendiri.

Jadi sehinggalah keduanya telah berumur 1 setengah bulan aku telah menghantar kedua2nya ke Jabatan Perhilitan dan Perhutanan Alor Star. dan setau aku musang pandan ini tergolong dari spesis yg hampir pupus dan di bawah perlindungan Jabatan Perhilitan.  Sesiapa yang memilikinya adalah salah dan boleh dikenakan denda.  Dan Jabatan Perhutan juga tidak mengeluarkan Permit bagi sesiapa yang berminat untuk memelihara binatang ini.

Ehhhmmm nak dijadikan cerita, sampai aku bersama suami di Pejabat Jabatan Perhilitan aku telah cuba menyerahkan mereka ini kepada yang berkenaan.  Tetapi aku sangat terkejut dan tidak menjangkakan yang sepatutnya pihak berkenaan menerima haiwan liar ini telah menolak penyerahan ini dengan alasan ini diluar bidang kuasa mereka. Mereka tidak menerima mana2 haiwan liar. Aieek??? aku benar2 jadi bingung?? Kenapa yeh?? Malah mereka menyuruh kami melepaskan sendiri haiwan ini ke hutan.

Kami pun pulang dengan sedikit kehampaan. Ehhmm bagaimana caranya.. tambahan haiwan ini masih kecil kalau nak dilepaskan ke hutan.. "bolehke diaorang ni cari makan sendiri??".  Takpa kami cuba dulu.  
Tau apa yang terjadi??  Ehhmm Si Kakak dan Abang (panggilan untuk musangku) punya lah takut, bila ku cuba melepaskan mereka didalam hutan.  Masing2 keduanya memanjat dan memeluk kaki ku tanpa melepaskan kakiku.

Ehhmm terpaksalah aku membelanya sehinggalah sekarang.  Memang kami ingin menyerahkan pada pihak yang berkenaan disini tapi macam2 cerita pula yang kami dengar. Jadi tujuanku bercerita disini mengharapkan sekiranya ada pihak2 yang perihatin tentang nasib anak2 musangku ini sudi2lah menghulurkan bantuan dari segi pandangan atau mana2 pihak yang tahu cara2 melepaskan mereka kembali di habitat mereka.

Tujuan ku menulis bukan untuk mencari masalah tetapi mengharap sedikit budi bicara kawan2 bloggers, manalah tau ada yang perihatin dan ingin menolong ke dua haiwan ku ini.

Wassallam.


1 comment:

  1. sy pun ada sekor...kene tgal mak jugak...tp ble die semakin dewasa die sendiri akan bawak haluan ...jd tak usah bimbng

    ReplyDelete