Followers

Tuesday, November 9, 2010

SAYANGI IBU

Ustaz Azhar Idrus dalam satu Tazkirah berkata:

" Ibu (termasuklah bapa) yang tidak kisah... dengan membiarkan Anak Perempuannya diangkut - dibawa bersiar siar oleh lelaki yg bukan muhrimnya,.. lebih teruk dari BEROK"

Hadirin tercengang.

Lalu UAI menyambung .... "Jika tak percaya, kalau nampak Beruk tgh gendong anak,.. pergilah ambil. Pegang dalam 5 minit cukuplah"

Hadirin semua tertawa memahami apakah situasi jika mengambil anak Berok.

Seorang pelanggan saya, usia sekitar 40 an datang memperbaharui Insurans kenderaan dan Cukai Jalan. Beliau mahukan segera kerana ingin pulang ke kampongnya di Kuala Berang petang itu juga, bagi melawat ibunya yg sudah uzur. Ibunya mahu berjumpa semua anak cucunya majlis Doa Selamat sebelum berangkat ke Mekah menunaikan Ibadah Haji-Seruan Ilahi.

Beliau berkata " Badrul,.. awak ada Ibu lagi?"

Saya jawab, "Ada"

Beliau menyambung ...

"JIKA MASIH ADA IBU, HORMATILAH, SAYANGILAH DAN ZIARAHLAH SELALU WALAUPUN SIBUK BAGAIMANAPUN. BIARPUN SEKADAR MENJENGUKKAN MUKA DAN TAK MAMPU MEMBERIKAN DUIT.

JIKA IBU SUDAH TIADA. YANG TINGGAL HANYA BATU NISAN, .... KITA LONGGOK SATU LORI EMAS ATAS KUBUR PUN TAK BERGUNA"

..........

-BARD- 16/10/2010

1 comment:

  1. sedih sgt..binatang pun tau melindungi anak , kan? inikan manusia..sedih kan kalau melibatkan anak2..

    ReplyDelete