Followers

Tuesday, November 9, 2010

Diamkan Diri atau Membebel Lebih Baik??


Salam buat teman blogger yg dikasihi..


Sekali lagi saya terpanggil untuk memberi pandangan dan serta pendapat dalam susulan tajuk cerita saya yg lalu "Dihentam dan Menghentam - Sikap Terpuji atau Terkeji" mengenai satu laman di Facebook yang menghina Datin Sri Rosmah Mansur keterlaluan di (Rosmah Mansur,sila minta maaf pada Umat Islam). Bukan sekadar menghina beliau dilaman ini malah segala perkataan lucah dan kutuk mengutuk yang sangat mengaibkan dilemparkan terhadap beliau disini. Yang ironiknya peminat2 dilaman ini makin bertambah dr sehari ke sehari ..mereka hanya berminat untuk menkeji dan mengutuk..dan saya juga tak menafikan. ada segelintir peminat dilaman itu yg memberi komen secara berhemah dan positif..MALANGNYA mereka ini juga telah di keji dan dikutuk kononnya sama tak tau agama... SIAPA KITA nak menilai orang tau AGAMA atau tidak...ehhhmmm entahlah..????? Apakah begini cara Islam mendidik kita meluahkan ketikapuasan hati kita dengan menghina dan menAIBkan individu tersebut.. Dan laman itu masih lagi aktif dan sekarang dijadikan gelanggang politik dengan bersandarkan Islam dalam menghina kerajaan dan bekas Tokoh kita Tun Mahathir dalam merealisasikan segala Agenda dan Niat Mereka itu.


Disini saya setakan kata2 dan pendapat dr rakan2 saya di FB yg berfikiran positif dan berhemah.. TEGURLAH MENGIKUT CARA KITA ORANG ISLAM.. jadi teman2 yang saya hargai renung2lah dan cermin2lah diri kita dulu..apakah kita sempurna???

Petikan dari Nota Fran Gipani on Friday November 5, 2010

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.

6. Rehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:



"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.

Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat AT-TARMIZI)


MADAH DARI BERDIAM:

Banyak diam tidak semestinya bodoh,

banyak cakap tidak semestinya cerdik,

kerana kecerdikkan itu buah fikiran,

orang cerdik yang pendiam lebik baik

dari orang bodoh yang banyak bercakap.

Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.

Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Kalau orang menghina kita,

bukan kita terhina,

Yang sebenarnya orang itu

menghina dirinya sendiri.


(Fran Gipani said) - Petikan dr madah: 'Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.Yang salah memikirkan kesalahan orang.'

Juga sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Fran Gipani)



‎'Jangan berbantah-bantahan dalam bicara di'hadapan orang dengan tujuan menghinakan orang sambil menampakkan dirinya orang paling bersih, pintar dan berwawasan luas.' Itu pesan Rasulullah SAW. Tp sedihnya ada yg berbantahan di FB ni semata2 krn soal bilangan fren dlm list...lucu lah tu.- (Fran Gipani)


Agar hubungan tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzon (berbaik sangka). - (Fran Gipan)



Sbb itu, apabila kita mendapat informasi negatif tentang seseorang apalagi seorang muslim, kita harus selidik terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi memberi respon negatif.
Ingat lah bhw fitnah itu lebih kejam dari membunuh. - (Fran Gipani)

kadang-kadang perlu juga bercakap walaupun ia menyakitkan hati yg. mendengar kerana itu juga amanah kerana tugasnya sebagai pemimpin "Membetulkan n menegur apa juga yg salah mengikut agama,peraturan..." caranya berhemah... - (Hamisah Ahmad)


kerana bebelan rakyatlah PM kita melakukan transformasi dlm pentadbiran negara dgn slogan 'Rakyat didahulukan'...setiap bebelan rakyat menandakan yg rakyat masih sayangkan UMNO dan kerajaan yg memerintah...kerana bebelan rakyat tk diendahkanlah menyebabkan BN hilang 4negeri. -(Nana Tanjung)


betul tu nana n fazlimohammad...mana ada org membebel utk kejahatan...ada ke???setahunya setiap bebelan utk menunjukkan rasa tidak puashati yakni mencari kebaikan ler... - (Bienda Norazlinda)


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Assalamualaikum wbt. ^_^

Diam itu perhiasan orang alim dan penutup orang bodoh.

1 comment:

  1. Islam tidak mengajar kita menghentam orang lain, lagi2 sesama Islam. Jangan saja pandai mengkritik orang, patut kita kena lihat diri sendiri. Kalau kita betul, tunjukkan cara dan adab yang baik. Apabila kita gunakan perkataan yang kurang sopan menunjukkan yang kita ini kurang matang dan berakhlak rendah. Semua orang ada kelemahan, kita sebaiknya lihat pada kekuatan dan kebaikkan seseorang. Barulah, kita boleh maju.

    ReplyDelete