Followers

Tuesday, October 26, 2010

Kritikan Ataupun Nasihat buat Rosmah???

Salam buat semua...saya terpanggil utk memberi pandangan serta pendapat mengenai satu laman Facebook yg menghina Datin Seri Rosmah Mansor keterlaluan di ( rosmah mansur,Sila minta maaf pada umat islam )...saya agak kecewa dengan apa yg berlaku di laman tersebut penuh dgn kata-kata keji serta lucah...

Apa yg paling dikesalkan ialah ini bukannya cara serta budaya rakyat Malaysia untuk meluahkan sesuatu perkara dengan mengAibkan serta menghina diri individu tersebut...jikalau ada sekalipun ketidakpuasan hati terhadap beliau gunakanlah saluran2 yg sedia ada utk memberi komen,nasihat ataupun teguran yg membina bukannya dgn cara memaki hamun,mencerca serta mengAibkan beliau.

Yang menyedihkan saya ialah 90% yg menghina beliau di laman tersebut kebanyakkan nya org Melayu beragama Islam...

1 ) Jikalau mereka benar2 Islam adakah mereka diajar oleh agama utk berbuat demikian???
2 ) Adakah Islam menghalalkan maki,cerca serta mengAibkan sesama manusia???
3 ) Bukankah Islam mendidik kita supaya berhemah serta lembut kata2 ketika menegur atau menasihati???
4 ) Sedangkan Rasullullah SAW sendiri menyayangi sekalian hambaNya dan menuntut kita berbaik2 sesama manusia walaupun ketika kita bermusuhan???

Dan saya amat berharap mereka yg mencipta laman ini supaya segera menutup laman yg mengAibkan ini...

Yang baik hanya Dari Allah SWT yg Jahil hanya Dari saya serta sekelian hamba2Nya

Wassalam

No comments:

Post a Comment